Bandar Sunway,3 Oktober-Sekumpulan pelajar dari pusat pengajian yang terkenal di Malaysia ini telah dikesan berada beramai-ramai di ice skating centre yang bertempat di Sunway Pyramid.Menurut orang ramai yang berada di situ mereka sangat terkejut apabila melihat pelajar-pelajar ini menyerbu tempat luncur ais ini tak ubah seperti mawas-mawas yang berada di hutan belantara.oops maaf terkutuk pulak.Menurut dekan Pusat pngajian ini beliau berkata "biase r tu orang mude-mude mesti nak cube banyak bende".Menurut sumber, kebanyakan pelajar ini baru sahaja menghabiskan peperiksaan akhir semester walaupun ada segelintir daripada mereka yang masih ada paper keesokan harinya.Antara kumpulan yang paling hangat dalam kalangan mereka ialah yang terdiri daripada 8 orang(5 bersaiz biasa,2 bersaiz agak besar dan 1 bersaiz ideal).Dikatakan bahawa tepat jam 1 tengahari mereka telah memasuki pusat luncur ais ini.Beberapa minit kemudian mereka dikatakan telah meluncur dengan jayanya walaupun ada dikalangan mereka yang terpekik terlolong kerana jatuh terkangkang,yang cube membuka langkah silat pun ada.Cukup hebat!Beberapa temubual telah dijalankan terhadap mereka dan berikut antara ulasan yang telah diberikan:
"huh saya rase sayalah yang paling expert meluncur,kelakar r plak tengok member2 lain jatuh x abis2",ulas nazrul begitu bangga sekali.
"syukur alhamdulillah,berkat doa,usaha, serta tawakkal akhirnya berjaya jugak saya meluncur dengan amaturnya",kate umar penuh kesyukuran.
"kalu bole sebelum meluncur saya nak bius dulu punggung saya,ye r sakit kot jatuh terduduk.emmm kalu boleh buku lali pun saya nak bius",ulas rusli penuh kesakitan.
"bangga giler saya bile awek2 cun kate saya pandai meluncur,kan bagus kalu 'si dia' ada bersama saya time tue",kate syahril penuh miang.
muke bakal2 peluncur terkenal
beberapa ketika sebelum meluncur
sempat posing walaupun dilanda derita