Thursday, October 1, 2009

Turunnya bala Allah terhadap hambaNya...


Ingatlah wahai sahabat pembaca sekalian,sesungguhnya Allah itu maha berkuasa terhadap hamba-hambaNya.

Gempa bumi di Samoa, Amerika

Dua hari yang lalu kita telah digemparkan dengan satu berita tentang gempa bumi yang berukuran 8 skala Ritcher yang melanda satu kawasan yang bernama Samoa di Amerika.Menurut sumber gempa bumi yang kuat ini telah menyebabkan tsunami setinggi 5 hinga 6 meter yang melanda kawasan pantai di tempat kejadian.Dan dikatakan bahawa seramai 113 nyawa disahkan telah terkorban atau mungkin lebih ramai lagi.Banyak bangunan dan haiwan ternakan telah musnah akibat daripada ombak tsunami yang melanda.

Gempa bumi di Padang,Sumatera

Namun dua hari kemudian penduduk dunia sekali lagi digemparkan dengan satu lagi berita gempa bumi yang berukuran 7.9 skala Ritcher yang telah melanda Sumatera,Indonesia.Bencana alam ini turut memberi kesan kepada negara kita iaitu Malaysia yang turut merasai gegaran yang kuat ini terutamanya di Lembah Kelang,Melaka,dan Johor.Menurut sumber 75 disahkan terkorban dan lebih 1000 dikhuatiri terkorban.

Jadi pesanan saya kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian,kita sebagai umat Islam di muka bumi ini haruslah mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.Sesungguhnya ini adalah peringatan yang diberikan oleh Allah kepada kita supaya sentiasa sedar akan apa yang telah kita kerjakan di dunia ini.....

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat saudara2 seislam kita yang terkorban..

Al-Fatihah............

No comments:

Post a Comment