Sunday, December 20, 2009

Reunion...tapi 11 orang je datang..hehehe

Semalam ak ngan member2 skola lame ak SBPI temerloh ad wat reunion kat Sunway, kecil-kecilan je maklumla yang datang pun sikit jer...reunion ni start kul 11.30 pg tapi ak sampai lambat skit coz ak drive g sane pastu jalan plak sesak.huhuhuhu.skang ni kan cuti skolah jadi berpusu-pusu la orang g sunway lagoon.dah la jalan sesak pastu parking plak penuh.aduuh memang merana giler ak nak parking kite.pas ak berjaye cari parking ak pun terus pg Hartz restoran tempat gathering member2 ak yang len.time ak sampai diorang dah pun abis makan.kiteorang lepak kat restoran tu lame gak ade la dalam 5 jam.ye la nak tunggu member2 yang x sampai lagi.




Pas boring lepak kat Hartz kiteorang pun gerak la ke bowling centre tapi malangnye ade plak orang dah book untuk wat tournament.Then kiteorang pun gerak plak ke arcade tempat orang men game.memang happening giler r kiteorang kat sane.gelak x abis2 sampai sakit otak aku.huh...pas sejam kiteorang kat arcade kiteorang pun round2 jap kat Sunway pastu kiteorang pun masing2 balik umah.ak yang bawak kete ni buat la jasa kat member2,antar diorang balik umah.camtu la reunion kiteorang....hehehehe

Tuesday, December 15, 2009

kenapa dengan aku ni........

skang ni dah lima hari ak kat umah.actuli ngah cuti midsem..kebiasaannya kalu boring ak tengok tv or tido or tolong mak aku berniage kat warung.tapi skang ni memandangkan ak dah ad P1 wimax bertambah satu la rutin harian ak time cuti iaitu surf internet untuk edit blog or fb.sebelum cuti aritu ak dah plan nak tolong mak aku kat warung,ye la kalu tolong bole dapat upah dari mak aku.dapat income....tapi ari ni len plak jadinya.aku rase cam kene rasuk plak.hehehe.bukan histeria ok...bukan pe hari ni ak rase malas giler2 nak tolong mak aku kt warung...nak kate betapa malasnye ak ari ni sampaikan sehari suntuk ak x turun ke warung mak ak n ak tido je sepanjang hari...astaghfirullah...ape ak dah wat ni...tu la kekadang ak pelik ngan sikap aku ni.kekadang bagus kekadang cam setan...emmmm...Allahuakbar....bile ak nak berubah ni...???tibe2 je ptg tadi ak termotivasi bile ak bukak fb member ak.die kate "kejayaan ak bukan lah diukur melalui pangkat dan harta namun kejayaan ak diukur berdasarkan sejauh mana ak dapat manurut segala perintahNya dan menjauhi laranganNya..."setelah membaca kate2 ni serta merta ak kembali kepada diri ak yang sebenar..jadi sahabat2 sekalian cepat2 la bertaubat kalu kite ad melakukan kesalahan.....especially kat mak ayah kite....

Saturday, December 12, 2009

HiSTeRiA....

Sepanjang ak kt uia ni makin banyak bende2 pelik berlaku kat sini.yang paling ak x leh lupe kes student pompuan yang mati jatuh bangunan.ni la akibatnya kalau syok sangat bercinta tapi cinta yang disemai bersulam dengan nafsu dan syaitan.....tapi kes ni dah lama berlaku mungkin awal tahun ni.ak x nak la cite pasal ni lebih2 coz orang kate x elok cite pasal orang yang dah xdek.dan yang paling terbaru skang ni ialah kes histeria.mungkin bg korang mende ni kire common gile r.tapi bg ak yang first time tengok kes histeria ni secara live ak agak excited r.kes ni berlaku hari selasa lepas waktu malam.actuli mase tu ak ada meeting pastu tibe2 je ak nye president program dapat call drpd principle mahallah(asrama) yang ada sister kene rasuk.memandangkan president ak ni seorang hafiz jadi sesuai sangat la kalu nak selesaikan kes2 yang melibatkan makhluk halus ni.time tu ak x join die skali tapi ak kene teruskan jugak meeting tu.namun selepas meeting tamat ak terus bergegas ke tempat kejadian.mase ak sampai dah ramai orang mengerumuni dak pompuan yang kene rasuk tu.ak tengok ad beberapa dak lelaki yang ada kat situ ngah pegang kaki dan tangan dak tu.memandangkan dak pompuan yang kene rasuk tu meronta-ronta jadi perlu la ad kekuatan beberapa orang laki tuk pegang dak yang kene rasuk tu.
dengar cite dak pompuan dah beberapa kali kene rasuk dan ni kali ketiga die kene rasuk jin.yang terlintas di fikiran mungkin jin tu saka dari family die.ye la x mungkin seseorang tu kene rasuk berkali-kali dalam masa terdekat kalu jin tu saje2 nak masuk dalam tubuh manusia tanpa sebab munasabah.ntah la...sume ni kuasa Allah belaka.sape la kite nak menilainye..setelah setengah jam ak kt tempat kejadian ak pun rase agak boring.ye la ak tengok cam xdek pape pun yang berlaku.then dengan selambe ak pun melangkah balik ke bilik.bebrapa jam kemudian ak pun tanye la president ak pasal keadaan pompuan.die kate pompuan yang kene rasuk tu still lagi x dapat dikeluarkan jin dalam tubuh die.so macam tu lah kisahnye..................

Monday, October 5, 2009

Pelajar UIA serbu ice skating

Bandar Sunway,3 Oktober-Sekumpulan pelajar dari pusat pengajian yang terkenal di Malaysia ini telah dikesan berada beramai-ramai di ice skating centre yang bertempat di Sunway Pyramid.Menurut orang ramai yang berada di situ mereka sangat terkejut apabila melihat pelajar-pelajar ini menyerbu tempat luncur ais ini tak ubah seperti mawas-mawas yang berada di hutan belantara.oops maaf terkutuk pulak.Menurut dekan Pusat pngajian ini beliau berkata "biase r tu orang mude-mude mesti nak cube banyak bende".Menurut sumber, kebanyakan pelajar ini baru sahaja menghabiskan peperiksaan akhir semester walaupun ada segelintir daripada mereka yang masih ada paper keesokan harinya.Antara kumpulan yang paling hangat dalam kalangan mereka ialah yang terdiri daripada 8 orang(5 bersaiz biasa,2 bersaiz agak besar dan 1 bersaiz ideal).Dikatakan bahawa tepat jam 1 tengahari mereka telah memasuki pusat luncur ais ini.Beberapa minit kemudian mereka dikatakan telah meluncur dengan jayanya walaupun ada dikalangan mereka yang terpekik terlolong kerana jatuh terkangkang,yang cube membuka langkah silat pun ada.Cukup hebat!Beberapa temubual telah dijalankan terhadap mereka dan berikut antara ulasan yang telah diberikan:

"huh saya rase sayalah yang paling expert meluncur,kelakar r plak tengok member2 lain jatuh x abis2",ulas nazrul begitu bangga sekali.

"syukur alhamdulillah,berkat doa,usaha, serta tawakkal akhirnya berjaya jugak saya meluncur dengan amaturnya",kate umar penuh kesyukuran.

"kalu bole sebelum meluncur saya nak bius dulu punggung saya,ye r sakit kot jatuh terduduk.emmm kalu boleh buku lali pun saya nak bius",ulas rusli penuh kesakitan.

"bangga giler saya bile awek2 cun kate saya pandai meluncur,kan bagus kalu 'si dia' ada bersama saya time tue",kate syahril penuh miang.


muke bakal2 peluncur terkenal


beberapa ketika sebelum meluncur



sempat posing walaupun dilanda derita

Thursday, October 1, 2009

Turunnya bala Allah terhadap hambaNya...


Ingatlah wahai sahabat pembaca sekalian,sesungguhnya Allah itu maha berkuasa terhadap hamba-hambaNya.

Gempa bumi di Samoa, Amerika

Dua hari yang lalu kita telah digemparkan dengan satu berita tentang gempa bumi yang berukuran 8 skala Ritcher yang melanda satu kawasan yang bernama Samoa di Amerika.Menurut sumber gempa bumi yang kuat ini telah menyebabkan tsunami setinggi 5 hinga 6 meter yang melanda kawasan pantai di tempat kejadian.Dan dikatakan bahawa seramai 113 nyawa disahkan telah terkorban atau mungkin lebih ramai lagi.Banyak bangunan dan haiwan ternakan telah musnah akibat daripada ombak tsunami yang melanda.

Gempa bumi di Padang,Sumatera

Namun dua hari kemudian penduduk dunia sekali lagi digemparkan dengan satu lagi berita gempa bumi yang berukuran 7.9 skala Ritcher yang telah melanda Sumatera,Indonesia.Bencana alam ini turut memberi kesan kepada negara kita iaitu Malaysia yang turut merasai gegaran yang kuat ini terutamanya di Lembah Kelang,Melaka,dan Johor.Menurut sumber 75 disahkan terkorban dan lebih 1000 dikhuatiri terkorban.

Jadi pesanan saya kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian,kita sebagai umat Islam di muka bumi ini haruslah mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.Sesungguhnya ini adalah peringatan yang diberikan oleh Allah kepada kita supaya sentiasa sedar akan apa yang telah kita kerjakan di dunia ini.....

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat saudara2 seislam kita yang terkorban..

Al-Fatihah............

Tuesday, September 29, 2009

tolongggggg....ade api....

ish3...kecoh giler kt hostel ak pg tadi.mane tidaknye ade kebakaran kt gymnasium room!yang paling x besnye time ak ngah makan jugak la bende ni berlaku.kacau mood ak ngah makan jer...time tu ak kat cafe,tibe2 jer makcik cafe tu menjerit katenye ade api...gelabah giler ak tengok makcik tue.kelakar pun ade gak.pastu ak tengok die terus call hostel punyer officer gune enset die...then dgn serta-merta ak dgar announcement suruh sume budak turun bawah.dengar je announcement ak makan cepat2 n then nek atas jap nak amik enset ak n nak cek sama ada member bilik ak dah turun ke lum....alhamdulillah kebakaran x la teruk sangat...budak2 ni je yang exaggerate sampai kecoh satu hostel....tapi ape yang paling menyedihkan x dapat la ak nak pg gym pasni nak kuruskan badanku ini.hehehehehehehe.....

Sunday, September 27, 2009

sudah lama tak menjelma.......

hai sahabat2 sekalian......lame dah ek kite x bersua muka.eh lupe plak nak ucap selamat hari raya kt sume yg setia bace blog ak ni.kejap je kan mase berlalu,pejam celik2 dah seminggu dah kite berada dlm bulan syawal yag mulia ni.emmm......harap2 ramadhan yang telah meninggalkan kite telah mendidik jiwa kite untuk menjadi muslim sejati..insyaAllah......

skang ni malas nak update blog ni panjang2 coz xdek mase sgt memandangkan skang exam week.so nanti lah yek..........

Wednesday, June 17, 2009

hanya kerana tali leher.....

17 Jun 2009
7.35 pg
Dalam bilik.

syahril:jeni asal ko x pakai tie?ari ni kan ari rabu kene la pakai.macam mane nak
tunjuk contoh kt budak2 first year.....ko kan artis nasyid kt uia ni.kene la
jage glamour ko tue.

jeni:malas r aku pakai tie.rimas r.ala lagipun kalu aku x pakai pun still lg glamour.

amad:ntah ko ni.pakai r tie br nampak segak bergaya...

jeni:ala biar la...k la ak g kelas dulu....

7.45 pg
Perjalanan ke kelas

pak guard:hey ko mai sini kejap.kenapa ko ni x pakai tie.ko tau x ni ari ape?

jeni:soi brother lupe lak nak pakai.

pak guard:ko pg naik balik pakai tie.SEKARANG!!

jeni:tergamam dan tersipu2 malu coz ramai time tue ngah pandang die.....

7.50 pg
Dalam bilik.

jeni:(dalam keadaan menggeletar selepas kene marah).ala amad ak rase ak nak
pakai tie r.td ak nampak warden ngah marah2 budak coz x pakai tie.pastu ak
pun terus naik takut kene marah r.

amad:hahahahahahahaha.tu la ak dah kate pakai tie.ko degil...hahahaha.soi ak terpaksa gelak r.hahahahahahahaha...

syahril:kan dah kate kene pakai tie.hahaha.dah kene naik balik pastu lambat g
kelas.hish3.

....dan selepas tue ak pun pakai la tie.and then mase ak turun sume org pandang kt aku coz tali leher yang ak pakai tue terlampau contra ngan kemeja ak.ye la baju warna hitam tie wrna orange terang.hehehe.tp i don mind coz ak rase glamour giler.hahahahaha....

p/s:jangan la degil ikut la peraturan yang telah ditetapkan.....


Sunday, June 14, 2009

perginya seorang guru tercinta...

pada satu malam jam 10 aku telah menerima satu mesej yang berbunyi

"salam.miss lenny nurlinda dah kembali ke rahmatullah selepas derita koma sebulan akibat kemalangan di bentong.sama2 sedekahkan al-fatihah".

aku sgt2 terkejut dan terkedu selepas membaca mesej ni.mana tidaknya orang yang dimaksudkan tu adalah bekas guru aku yang juga pernah menjadi mentor aku dan beberapa rakan yang lain semasa di bangku sekolah dulu.selama 2 tahun aku menjadi mentee die dan amat mengenali dirinya yang sangat mengambil berat tentang keadaan menteenya.satu peristiwa yang tidak pernah kulupakan apabila pada ramadhan tahun 2006 aku dan rakan2 lain telah sama2 menolong die memasak untuk berbuka puasa.apa yang kelakarnya sudah setengah jam azan maghrib berkumandang tapi makanan x siap2 lg.dan kami hanya meneguk air kosong sambil menunggu makanan dihidangkan.geli hati juga bila mengenangkan peristiwa ni.tapi aku amat menghargai pengorbanan guruku ini.namun aku amat bersimpati terhadap guruku ini kerana semasa hayatnya tidak ramai pelajar dan guru yang menyukai kehadirannya di sekolah kami.pada tahun 2007 aku dan mentee yang lain sngat sedih kerana terpaksa berpisah dengannya yang telah mendapat surat pertukaran ke sekolah lain....semenjak itu aku telah lost contact dengan die sehinggalah aku mendapat tahu bahawa die telah pun meninggal dunia....al-fatihah....

Saturday, June 13, 2009

satu panggilan dari mesir......

sudah lama aku tidak mendengar suarenye yang lunak merdu bila bersyair.sahabatku yang diberi nama hasyida ni telah menelefonku beribu batu jauhnya dari malaysia....aku agak terharu bila menerima panggilannya yang semata-mata ingin berkongsi cerita tentang perjalanan hidup masing2.....selama sejam aku berborak dengan gadis yang sedang menuntut di universiti al azhar ni.banyak perkara yang telah ku ketahui tentang life sebagai student di negara padang pasir ni.selain dia ramai lg sahabat2 ku yang juga menuntut di mesir bersama-sama dengannya.semasa berborak aku merasakan bahawa jarak antara kami berdua sangat dekat walaupun pada hakikatnya jarak kami berdua beribu batu jauhnye.....inilah yang dikatakan nikmat yang telah dikurniakan ilahi kepada hambanya untuk memiliki teknologi perhubungan yang sangat cangih pada masa kini......alhamdulillah.....gadis ini ada menyatakan bahawa jejaka2 kat mesir kacak2 belaka.kemudian dengan nada gurauan ak berpesan kepadanya bahawa biar sekalipun jejaka di malaysia x sekacak 'unta2' kat sane namun hati yang ikhlas ni setia menanti kepulangan gadis2 malaysia kt sane.....hahahahaha....akhir kata aku mendoakan kejayaannya dunia dan akhirat...salam...

Thursday, June 4, 2009

idolaku......che det

aku yakin bahawa setiap makhluk yang bergelar manusia di muka bumi malaysia ni pasti mengenali insan yang diberi nama mahathir mohamad atau nama jolokannya che det.sedangkan dunia pun kenal dengan die apatah lg kite yng kt malaysia ni.bagi ak bekas perdana menteri malaysia yang ke-4 ni adalah yang paling banyak berjasa kepada negara.bukan maksud ak nak kate perdana menteri yg sebelumnye x bnyk berjasa tp ak rase segala usaha yg beliau lakukan lebih menyerlah.memang x dinafikan bahawa pm kite yang pertama dulu pernah berpenat lelah nak dapatkan kemerdekaan drpd pihak british,tp nak mengekalkan kemerdekaan negara sebenarnya lebih mencabar drpd nak mendapatkan kemerdekaan.dan tanggungjawab ini pernah digalas oleh che det.kalau kite lihat antara contoh jasa dan kebijaksanaan beliau yang paling besar ialah terbinanya KLCC,KL TOWER,KLIA, PENANG BRIDGE n banyak lg.....pernah sekali ak tengok discovery channel kt astro yang menceritakan tentang kehebatan pimpinan beliau.ak masih ingat apa yang diperkatakan oleh beliau dlm rancangan tue.beliau memberitahu bahawa tujuan klcc n kl tower dibina bukan tuk saje2 nak habiskan duit negara sebaliknya nak memperkenalkan malaysia ke mata dunia.pernah satu ketika dahulu beliau ke luar negara dan bertanyakan pendapat kepada mat salleh kt sane tentang malaysia,tp jawapan yang diberikan sangat2 menyedihkan kerana mereka x tau pun malaysia kat mane dan lagi menyedihkan diorang x tau pun tentang kewujudan malaysia....huhuhu.sob2.tue cerita 30 tahun yang lalu.sekarang ni sebut je malaysia sume orng tahu.sume orang dari serata pelusuk dunia nak dtg ke nagara yang aman damai ni.skang ni berkat usaha pucuk pimpinan beliau,kite dapat hidup ngan selesa berbumbungkan kemodenan yang telah dibina asasnye oleh insan yang bergelar mahathir mohamad.skang ni ak belaja kt uia atau nama komersialnye international islamic university malaysia.kalu u all nak tahu university ni gak adalah hasil idea beliau lebih kurang 30 tahun yang lalu yang ingin menubuhkan international islamic university.tujuan beliau adalah untuk mengumpulkan semua intelektual islam dari serata dunia dalam satu universiti.wow...gah sekali idea beliau.dan kalu nak tahu asalnye uia ni nak dibina di Dubai negara padang pasir tue.tp alangkah gembiranye beliau setelah berjaya menubuhkan uia ni di malaysia dan bukannya kt negara bnyk unta tue....alhamdulillah...nantikan cerita yang selanjutnyer salam

Tuesday, June 2, 2009

kehangatan opening n closing ceremony taaruf programme 09/10

sebelum ak citer ngan lebih panjang meh nak kenalkan dulu committee yg telah mengerah tenaga bg menjayakan dan menghangatkan closing n opening ceremony.aaa tengoklah sendiri yek gambar kt atas tue,kalu x kenal x dpt la gue nk menolongnye.....hehehehehe.yang pastinyer gambar ak ad kt sebeleh kanan skali bhgn bawah.ala yang ensem tue......

aku ngan committee occ yg len sgt2 bersyukur coz telah berjaya menjalankan opening n closing ceremony dgn gempak skali.ramai gak yg kate tahun ni is the best....dean pun ckp camtu gak...tue yg best....hehehehe.tp ad gak konflik mase nak wat mende ni coz bajet x cukup.nak tahu asal bajet 500 pastu telah dikurangkan kpd 200 jer.cube bayangkan betapa sakitnyer hati kiteorg.mane x nye org atasan nak suruh wat gempak2 tp pulus kedekut.....hish......tp berkat kerjasama kiteorg akhirnya misi kiteorg tercapai....time kasih juge kt advisor kiteorg kak za(kaunselor nilai campus) n abg nas(lecturer nilai).diorang berdue lah yang bnyk bg semangat n hulur skit2 duit.hehehehehe.


ha skang ni nak citer plak pasal gimmick yang kiteorg wat mase opening.kalu tengok gambar kt atas tu la gimmick kiteorg.cantik x lampu tue?hehehe.actuli gimmick kiteorg dimulakan ngan pentomin yang berkisar ttg harapan ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka di menara gading.lampu dalam gambar kt atas tue adalah simbolik kpd kejayaan seorng anak sehingga mampu menerangi seluruh umat manusia.gempak kan......hehehe bajet la plak.mase pentomin kiteorng punye headcom melakonkan wartak ayah.ak jd narrator jer.pd mlm tu headcom kiteorng telah menyerahkan lampu kt dean pastu adalaah sorang mamat kt belakang pasang suiz then lampu pun menyala dgn terangnye.tue jer......
tp ape yang bes mlm tue ramai yang menangis mase tgok pentomin yang kiteorg wat.emosional la katakan......huhuhuhu










berjuanglah di jalan Allah

Monday, June 1, 2009

ceritaku untukmu

lahirnya aku ke dunia fana ini pada tanggal 23 februari 1990 di satu tempat yang diberi nama Labis,Johor,dan aku merupakan ahli yang termuda dalam keluargaku yang telah terbina sejak 30 tahun yang lalu.aku telah menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di Kota Bharu selama 5 tahun bermula pada tahun 1997.kemudian keluargaku telah berpindah ke Temerloh,Pahang pada tahun 2002.Dan di sinilah aku telah telah diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh yang diberi nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh iaitu setelah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR.Alhamdulillah.....Aku sangat gembira berada di sekolah ini kerana aku yakin bahawa aku mampu mengorak langkah demi mencipta kejayaan yang kekal abadi....harapanku menjadi kenyataan setelah mendapat 9A dalam PMR dan 8A dalam SPM.Dan di sekolah inilah aku mula mengenal erti hidup sebagai seorang insan yang berpegang pada tali Allah.Banyak onak dan duri terpaksa aku tempuhi yang mematangkan diriku ini.Banyak pengalaman pahit dan manis yang cukup bernilai bagi diriku sepanjang aku menuntut di sini. Pada tanggal 2007 aku menamatkan pengajianku di sekolah yang tercinta.Namun cerita tentang diriku tidak terhenti di situ sahaja.Pada tanggal 2008 aku telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung di negara ini iaitu International Islamic University Of Malaysia.Alhamdulillah..........sehingga kini aku masih berada di sini dan ceritaku untukmu akanku teruskan di lain bicara.......assalamualaikum....

salam pertemuan buat semua pembaca......

Hari ini 1 jun 2009 tepat jam 9.51 malam aku mule create blog aku sendiri.hehehehe.kelakar la plak rasenye coz sebelum ini ak juz tengok jer org len wat blog.tettiber je rase jelous nengok org len wat blog.jadi malam ni ak akan cube wat blog sendiri dan kongsi segala cerita yang ak ada untuk pembaca sekalian...harap sudilah membacenye yek.hehehe.