Sunday, June 14, 2009

perginya seorang guru tercinta...

pada satu malam jam 10 aku telah menerima satu mesej yang berbunyi

"salam.miss lenny nurlinda dah kembali ke rahmatullah selepas derita koma sebulan akibat kemalangan di bentong.sama2 sedekahkan al-fatihah".

aku sgt2 terkejut dan terkedu selepas membaca mesej ni.mana tidaknya orang yang dimaksudkan tu adalah bekas guru aku yang juga pernah menjadi mentor aku dan beberapa rakan yang lain semasa di bangku sekolah dulu.selama 2 tahun aku menjadi mentee die dan amat mengenali dirinya yang sangat mengambil berat tentang keadaan menteenya.satu peristiwa yang tidak pernah kulupakan apabila pada ramadhan tahun 2006 aku dan rakan2 lain telah sama2 menolong die memasak untuk berbuka puasa.apa yang kelakarnya sudah setengah jam azan maghrib berkumandang tapi makanan x siap2 lg.dan kami hanya meneguk air kosong sambil menunggu makanan dihidangkan.geli hati juga bila mengenangkan peristiwa ni.tapi aku amat menghargai pengorbanan guruku ini.namun aku amat bersimpati terhadap guruku ini kerana semasa hayatnya tidak ramai pelajar dan guru yang menyukai kehadirannya di sekolah kami.pada tahun 2007 aku dan mentee yang lain sngat sedih kerana terpaksa berpisah dengannya yang telah mendapat surat pertukaran ke sekolah lain....semenjak itu aku telah lost contact dengan die sehinggalah aku mendapat tahu bahawa die telah pun meninggal dunia....al-fatihah....

No comments:

Post a Comment