Monday, June 1, 2009

ceritaku untukmu

lahirnya aku ke dunia fana ini pada tanggal 23 februari 1990 di satu tempat yang diberi nama Labis,Johor,dan aku merupakan ahli yang termuda dalam keluargaku yang telah terbina sejak 30 tahun yang lalu.aku telah menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di Kota Bharu selama 5 tahun bermula pada tahun 1997.kemudian keluargaku telah berpindah ke Temerloh,Pahang pada tahun 2002.Dan di sinilah aku telah telah diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh yang diberi nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh iaitu setelah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR.Alhamdulillah.....Aku sangat gembira berada di sekolah ini kerana aku yakin bahawa aku mampu mengorak langkah demi mencipta kejayaan yang kekal abadi....harapanku menjadi kenyataan setelah mendapat 9A dalam PMR dan 8A dalam SPM.Dan di sekolah inilah aku mula mengenal erti hidup sebagai seorang insan yang berpegang pada tali Allah.Banyak onak dan duri terpaksa aku tempuhi yang mematangkan diriku ini.Banyak pengalaman pahit dan manis yang cukup bernilai bagi diriku sepanjang aku menuntut di sini. Pada tanggal 2007 aku menamatkan pengajianku di sekolah yang tercinta.Namun cerita tentang diriku tidak terhenti di situ sahaja.Pada tanggal 2008 aku telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung di negara ini iaitu International Islamic University Of Malaysia.Alhamdulillah..........sehingga kini aku masih berada di sini dan ceritaku untukmu akanku teruskan di lain bicara.......assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment