Wednesday, June 17, 2009

hanya kerana tali leher.....

17 Jun 2009
7.35 pg
Dalam bilik.

syahril:jeni asal ko x pakai tie?ari ni kan ari rabu kene la pakai.macam mane nak
tunjuk contoh kt budak2 first year.....ko kan artis nasyid kt uia ni.kene la
jage glamour ko tue.

jeni:malas r aku pakai tie.rimas r.ala lagipun kalu aku x pakai pun still lg glamour.

amad:ntah ko ni.pakai r tie br nampak segak bergaya...

jeni:ala biar la...k la ak g kelas dulu....

7.45 pg
Perjalanan ke kelas

pak guard:hey ko mai sini kejap.kenapa ko ni x pakai tie.ko tau x ni ari ape?

jeni:soi brother lupe lak nak pakai.

pak guard:ko pg naik balik pakai tie.SEKARANG!!

jeni:tergamam dan tersipu2 malu coz ramai time tue ngah pandang die.....

7.50 pg
Dalam bilik.

jeni:(dalam keadaan menggeletar selepas kene marah).ala amad ak rase ak nak
pakai tie r.td ak nampak warden ngah marah2 budak coz x pakai tie.pastu ak
pun terus naik takut kene marah r.

amad:hahahahahahahaha.tu la ak dah kate pakai tie.ko degil...hahahaha.soi ak terpaksa gelak r.hahahahahahahaha...

syahril:kan dah kate kene pakai tie.hahaha.dah kene naik balik pastu lambat g
kelas.hish3.

....dan selepas tue ak pun pakai la tie.and then mase ak turun sume org pandang kt aku coz tali leher yang ak pakai tue terlampau contra ngan kemeja ak.ye la baju warna hitam tie wrna orange terang.hehehe.tp i don mind coz ak rase glamour giler.hahahahaha....

p/s:jangan la degil ikut la peraturan yang telah ditetapkan.....


Sunday, June 14, 2009

perginya seorang guru tercinta...

pada satu malam jam 10 aku telah menerima satu mesej yang berbunyi

"salam.miss lenny nurlinda dah kembali ke rahmatullah selepas derita koma sebulan akibat kemalangan di bentong.sama2 sedekahkan al-fatihah".

aku sgt2 terkejut dan terkedu selepas membaca mesej ni.mana tidaknya orang yang dimaksudkan tu adalah bekas guru aku yang juga pernah menjadi mentor aku dan beberapa rakan yang lain semasa di bangku sekolah dulu.selama 2 tahun aku menjadi mentee die dan amat mengenali dirinya yang sangat mengambil berat tentang keadaan menteenya.satu peristiwa yang tidak pernah kulupakan apabila pada ramadhan tahun 2006 aku dan rakan2 lain telah sama2 menolong die memasak untuk berbuka puasa.apa yang kelakarnya sudah setengah jam azan maghrib berkumandang tapi makanan x siap2 lg.dan kami hanya meneguk air kosong sambil menunggu makanan dihidangkan.geli hati juga bila mengenangkan peristiwa ni.tapi aku amat menghargai pengorbanan guruku ini.namun aku amat bersimpati terhadap guruku ini kerana semasa hayatnya tidak ramai pelajar dan guru yang menyukai kehadirannya di sekolah kami.pada tahun 2007 aku dan mentee yang lain sngat sedih kerana terpaksa berpisah dengannya yang telah mendapat surat pertukaran ke sekolah lain....semenjak itu aku telah lost contact dengan die sehinggalah aku mendapat tahu bahawa die telah pun meninggal dunia....al-fatihah....

Saturday, June 13, 2009

satu panggilan dari mesir......

sudah lama aku tidak mendengar suarenye yang lunak merdu bila bersyair.sahabatku yang diberi nama hasyida ni telah menelefonku beribu batu jauhnya dari malaysia....aku agak terharu bila menerima panggilannya yang semata-mata ingin berkongsi cerita tentang perjalanan hidup masing2.....selama sejam aku berborak dengan gadis yang sedang menuntut di universiti al azhar ni.banyak perkara yang telah ku ketahui tentang life sebagai student di negara padang pasir ni.selain dia ramai lg sahabat2 ku yang juga menuntut di mesir bersama-sama dengannya.semasa berborak aku merasakan bahawa jarak antara kami berdua sangat dekat walaupun pada hakikatnya jarak kami berdua beribu batu jauhnye.....inilah yang dikatakan nikmat yang telah dikurniakan ilahi kepada hambanya untuk memiliki teknologi perhubungan yang sangat cangih pada masa kini......alhamdulillah.....gadis ini ada menyatakan bahawa jejaka2 kat mesir kacak2 belaka.kemudian dengan nada gurauan ak berpesan kepadanya bahawa biar sekalipun jejaka di malaysia x sekacak 'unta2' kat sane namun hati yang ikhlas ni setia menanti kepulangan gadis2 malaysia kt sane.....hahahahaha....akhir kata aku mendoakan kejayaannya dunia dan akhirat...salam...

Thursday, June 4, 2009

idolaku......che det

aku yakin bahawa setiap makhluk yang bergelar manusia di muka bumi malaysia ni pasti mengenali insan yang diberi nama mahathir mohamad atau nama jolokannya che det.sedangkan dunia pun kenal dengan die apatah lg kite yng kt malaysia ni.bagi ak bekas perdana menteri malaysia yang ke-4 ni adalah yang paling banyak berjasa kepada negara.bukan maksud ak nak kate perdana menteri yg sebelumnye x bnyk berjasa tp ak rase segala usaha yg beliau lakukan lebih menyerlah.memang x dinafikan bahawa pm kite yang pertama dulu pernah berpenat lelah nak dapatkan kemerdekaan drpd pihak british,tp nak mengekalkan kemerdekaan negara sebenarnya lebih mencabar drpd nak mendapatkan kemerdekaan.dan tanggungjawab ini pernah digalas oleh che det.kalau kite lihat antara contoh jasa dan kebijaksanaan beliau yang paling besar ialah terbinanya KLCC,KL TOWER,KLIA, PENANG BRIDGE n banyak lg.....pernah sekali ak tengok discovery channel kt astro yang menceritakan tentang kehebatan pimpinan beliau.ak masih ingat apa yang diperkatakan oleh beliau dlm rancangan tue.beliau memberitahu bahawa tujuan klcc n kl tower dibina bukan tuk saje2 nak habiskan duit negara sebaliknya nak memperkenalkan malaysia ke mata dunia.pernah satu ketika dahulu beliau ke luar negara dan bertanyakan pendapat kepada mat salleh kt sane tentang malaysia,tp jawapan yang diberikan sangat2 menyedihkan kerana mereka x tau pun malaysia kat mane dan lagi menyedihkan diorang x tau pun tentang kewujudan malaysia....huhuhu.sob2.tue cerita 30 tahun yang lalu.sekarang ni sebut je malaysia sume orng tahu.sume orang dari serata pelusuk dunia nak dtg ke nagara yang aman damai ni.skang ni berkat usaha pucuk pimpinan beliau,kite dapat hidup ngan selesa berbumbungkan kemodenan yang telah dibina asasnye oleh insan yang bergelar mahathir mohamad.skang ni ak belaja kt uia atau nama komersialnye international islamic university malaysia.kalu u all nak tahu university ni gak adalah hasil idea beliau lebih kurang 30 tahun yang lalu yang ingin menubuhkan international islamic university.tujuan beliau adalah untuk mengumpulkan semua intelektual islam dari serata dunia dalam satu universiti.wow...gah sekali idea beliau.dan kalu nak tahu asalnye uia ni nak dibina di Dubai negara padang pasir tue.tp alangkah gembiranye beliau setelah berjaya menubuhkan uia ni di malaysia dan bukannya kt negara bnyk unta tue....alhamdulillah...nantikan cerita yang selanjutnyer salam

Tuesday, June 2, 2009

kehangatan opening n closing ceremony taaruf programme 09/10

sebelum ak citer ngan lebih panjang meh nak kenalkan dulu committee yg telah mengerah tenaga bg menjayakan dan menghangatkan closing n opening ceremony.aaa tengoklah sendiri yek gambar kt atas tue,kalu x kenal x dpt la gue nk menolongnye.....hehehehehe.yang pastinyer gambar ak ad kt sebeleh kanan skali bhgn bawah.ala yang ensem tue......

aku ngan committee occ yg len sgt2 bersyukur coz telah berjaya menjalankan opening n closing ceremony dgn gempak skali.ramai gak yg kate tahun ni is the best....dean pun ckp camtu gak...tue yg best....hehehehe.tp ad gak konflik mase nak wat mende ni coz bajet x cukup.nak tahu asal bajet 500 pastu telah dikurangkan kpd 200 jer.cube bayangkan betapa sakitnyer hati kiteorg.mane x nye org atasan nak suruh wat gempak2 tp pulus kedekut.....hish......tp berkat kerjasama kiteorg akhirnya misi kiteorg tercapai....time kasih juge kt advisor kiteorg kak za(kaunselor nilai campus) n abg nas(lecturer nilai).diorang berdue lah yang bnyk bg semangat n hulur skit2 duit.hehehehehe.


ha skang ni nak citer plak pasal gimmick yang kiteorg wat mase opening.kalu tengok gambar kt atas tu la gimmick kiteorg.cantik x lampu tue?hehehe.actuli gimmick kiteorg dimulakan ngan pentomin yang berkisar ttg harapan ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka di menara gading.lampu dalam gambar kt atas tue adalah simbolik kpd kejayaan seorng anak sehingga mampu menerangi seluruh umat manusia.gempak kan......hehehe bajet la plak.mase pentomin kiteorng punye headcom melakonkan wartak ayah.ak jd narrator jer.pd mlm tu headcom kiteorng telah menyerahkan lampu kt dean pastu adalaah sorang mamat kt belakang pasang suiz then lampu pun menyala dgn terangnye.tue jer......
tp ape yang bes mlm tue ramai yang menangis mase tgok pentomin yang kiteorg wat.emosional la katakan......huhuhuhu










berjuanglah di jalan Allah

Monday, June 1, 2009

ceritaku untukmu

lahirnya aku ke dunia fana ini pada tanggal 23 februari 1990 di satu tempat yang diberi nama Labis,Johor,dan aku merupakan ahli yang termuda dalam keluargaku yang telah terbina sejak 30 tahun yang lalu.aku telah menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di Kota Bharu selama 5 tahun bermula pada tahun 1997.kemudian keluargaku telah berpindah ke Temerloh,Pahang pada tahun 2002.Dan di sinilah aku telah telah diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh yang diberi nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh iaitu setelah aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR.Alhamdulillah.....Aku sangat gembira berada di sekolah ini kerana aku yakin bahawa aku mampu mengorak langkah demi mencipta kejayaan yang kekal abadi....harapanku menjadi kenyataan setelah mendapat 9A dalam PMR dan 8A dalam SPM.Dan di sekolah inilah aku mula mengenal erti hidup sebagai seorang insan yang berpegang pada tali Allah.Banyak onak dan duri terpaksa aku tempuhi yang mematangkan diriku ini.Banyak pengalaman pahit dan manis yang cukup bernilai bagi diriku sepanjang aku menuntut di sini. Pada tanggal 2007 aku menamatkan pengajianku di sekolah yang tercinta.Namun cerita tentang diriku tidak terhenti di situ sahaja.Pada tanggal 2008 aku telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung di negara ini iaitu International Islamic University Of Malaysia.Alhamdulillah..........sehingga kini aku masih berada di sini dan ceritaku untukmu akanku teruskan di lain bicara.......assalamualaikum....

salam pertemuan buat semua pembaca......

Hari ini 1 jun 2009 tepat jam 9.51 malam aku mule create blog aku sendiri.hehehehe.kelakar la plak rasenye coz sebelum ini ak juz tengok jer org len wat blog.tettiber je rase jelous nengok org len wat blog.jadi malam ni ak akan cube wat blog sendiri dan kongsi segala cerita yang ak ada untuk pembaca sekalian...harap sudilah membacenye yek.hehehe.