Sunday, August 8, 2010

My Name Is Khan....i'm not a terrorist

Malam td lebih kurang dalam pukul 11 ak ziarah la bilik member ak jap kt blok E...saje2 nk jengok member coz roomate ak sume xdek kat bilik mlm td sebab ade hal...lepas tu member ak ni offer la ak tgok muvi My Name Is Khan ni..ak pun layan je la sbb ramai yg cakap citer ni best.mungkin ak agak ketinggalan sebab citer ni dah lame kuar...lepas sejam ak mengadap laptop member ak tgok citer ni mmg ak akui yg citer sangat2 mantap jalan ceritenye...lakonan Shah Rukh Khan sbg pelakon utama dalam citer ni mmg berkesan!!secara ringkasnye ak boleh cakap yg cite ni pasal keadaan umat islam di sebuah negara yg mane agama ini sangat2 dikecam iaitu di US....

Secara konklusinya ape yang ak boleh cakap pasal citer ni:

1.kite sebagai umat islam di Malaysia yang aman damai harus sedar bahawa umat islam di negara lain bersusah payah untuk menegakkan agama Allah sedangkan kite di sini masih lagi dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan keadaan saudara2 seislam kite terutamanya di Palestin yg kini masih ditindas oleh Rejim Zionis Laknatullah.....

2.Dalam agama islam Allah telah menegaskan bahawa kite harus sentiasa berbuat baik terhadap bangsa2 lain tanpa mengira agama dan warna kulit dan hanya boleh memerangi golongan2 yg memerangi agama islam shj...

3.Allah telah berfirman bahawa ...sesungguhnya ak akan menggantikan kamu dengan golongan yg lebih baik jika kamu tidak dapat menerima islam....sesungguhnya ayat Allah ini sedikit sebanyak ditujukan kepada kita umat islam yg berada di Malaysia yg sehingga hari ini masih tidak sedar bahawa kita sebenarnye tidak menerima islam sepenuhnya walaupun kite penganut agama islam....sebab itu la kalu kita lihat hari ini umat islam semakin meningkat di negara2 eropah kerana mereka2 yg baru menganut islam ini lebih menghargai agama Allah berbanding kite yg sememangnye sudah Islam sejak lahir lagi.....fikir-fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment