Monday, October 5, 2009

Pelajar UIA serbu ice skating

Bandar Sunway,3 Oktober-Sekumpulan pelajar dari pusat pengajian yang terkenal di Malaysia ini telah dikesan berada beramai-ramai di ice skating centre yang bertempat di Sunway Pyramid.Menurut orang ramai yang berada di situ mereka sangat terkejut apabila melihat pelajar-pelajar ini menyerbu tempat luncur ais ini tak ubah seperti mawas-mawas yang berada di hutan belantara.oops maaf terkutuk pulak.Menurut dekan Pusat pngajian ini beliau berkata "biase r tu orang mude-mude mesti nak cube banyak bende".Menurut sumber, kebanyakan pelajar ini baru sahaja menghabiskan peperiksaan akhir semester walaupun ada segelintir daripada mereka yang masih ada paper keesokan harinya.Antara kumpulan yang paling hangat dalam kalangan mereka ialah yang terdiri daripada 8 orang(5 bersaiz biasa,2 bersaiz agak besar dan 1 bersaiz ideal).Dikatakan bahawa tepat jam 1 tengahari mereka telah memasuki pusat luncur ais ini.Beberapa minit kemudian mereka dikatakan telah meluncur dengan jayanya walaupun ada dikalangan mereka yang terpekik terlolong kerana jatuh terkangkang,yang cube membuka langkah silat pun ada.Cukup hebat!Beberapa temubual telah dijalankan terhadap mereka dan berikut antara ulasan yang telah diberikan:

"huh saya rase sayalah yang paling expert meluncur,kelakar r plak tengok member2 lain jatuh x abis2",ulas nazrul begitu bangga sekali.

"syukur alhamdulillah,berkat doa,usaha, serta tawakkal akhirnya berjaya jugak saya meluncur dengan amaturnya",kate umar penuh kesyukuran.

"kalu bole sebelum meluncur saya nak bius dulu punggung saya,ye r sakit kot jatuh terduduk.emmm kalu boleh buku lali pun saya nak bius",ulas rusli penuh kesakitan.

"bangga giler saya bile awek2 cun kate saya pandai meluncur,kan bagus kalu 'si dia' ada bersama saya time tue",kate syahril penuh miang.


muke bakal2 peluncur terkenal


beberapa ketika sebelum meluncur



sempat posing walaupun dilanda derita

Thursday, October 1, 2009

Turunnya bala Allah terhadap hambaNya...


Ingatlah wahai sahabat pembaca sekalian,sesungguhnya Allah itu maha berkuasa terhadap hamba-hambaNya.

Gempa bumi di Samoa, Amerika

Dua hari yang lalu kita telah digemparkan dengan satu berita tentang gempa bumi yang berukuran 8 skala Ritcher yang melanda satu kawasan yang bernama Samoa di Amerika.Menurut sumber gempa bumi yang kuat ini telah menyebabkan tsunami setinggi 5 hinga 6 meter yang melanda kawasan pantai di tempat kejadian.Dan dikatakan bahawa seramai 113 nyawa disahkan telah terkorban atau mungkin lebih ramai lagi.Banyak bangunan dan haiwan ternakan telah musnah akibat daripada ombak tsunami yang melanda.

Gempa bumi di Padang,Sumatera

Namun dua hari kemudian penduduk dunia sekali lagi digemparkan dengan satu lagi berita gempa bumi yang berukuran 7.9 skala Ritcher yang telah melanda Sumatera,Indonesia.Bencana alam ini turut memberi kesan kepada negara kita iaitu Malaysia yang turut merasai gegaran yang kuat ini terutamanya di Lembah Kelang,Melaka,dan Johor.Menurut sumber 75 disahkan terkorban dan lebih 1000 dikhuatiri terkorban.

Jadi pesanan saya kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian,kita sebagai umat Islam di muka bumi ini haruslah mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.Sesungguhnya ini adalah peringatan yang diberikan oleh Allah kepada kita supaya sentiasa sedar akan apa yang telah kita kerjakan di dunia ini.....

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat saudara2 seislam kita yang terkorban..

Al-Fatihah............

Tuesday, September 29, 2009

tolongggggg....ade api....

ish3...kecoh giler kt hostel ak pg tadi.mane tidaknye ade kebakaran kt gymnasium room!yang paling x besnye time ak ngah makan jugak la bende ni berlaku.kacau mood ak ngah makan jer...time tu ak kat cafe,tibe2 jer makcik cafe tu menjerit katenye ade api...gelabah giler ak tengok makcik tue.kelakar pun ade gak.pastu ak tengok die terus call hostel punyer officer gune enset die...then dgn serta-merta ak dgar announcement suruh sume budak turun bawah.dengar je announcement ak makan cepat2 n then nek atas jap nak amik enset ak n nak cek sama ada member bilik ak dah turun ke lum....alhamdulillah kebakaran x la teruk sangat...budak2 ni je yang exaggerate sampai kecoh satu hostel....tapi ape yang paling menyedihkan x dapat la ak nak pg gym pasni nak kuruskan badanku ini.hehehehehehehe.....

Sunday, September 27, 2009

sudah lama tak menjelma.......

hai sahabat2 sekalian......lame dah ek kite x bersua muka.eh lupe plak nak ucap selamat hari raya kt sume yg setia bace blog ak ni.kejap je kan mase berlalu,pejam celik2 dah seminggu dah kite berada dlm bulan syawal yag mulia ni.emmm......harap2 ramadhan yang telah meninggalkan kite telah mendidik jiwa kite untuk menjadi muslim sejati..insyaAllah......

skang ni malas nak update blog ni panjang2 coz xdek mase sgt memandangkan skang exam week.so nanti lah yek..........

Wednesday, June 17, 2009

hanya kerana tali leher.....

17 Jun 2009
7.35 pg
Dalam bilik.

syahril:jeni asal ko x pakai tie?ari ni kan ari rabu kene la pakai.macam mane nak
tunjuk contoh kt budak2 first year.....ko kan artis nasyid kt uia ni.kene la
jage glamour ko tue.

jeni:malas r aku pakai tie.rimas r.ala lagipun kalu aku x pakai pun still lg glamour.

amad:ntah ko ni.pakai r tie br nampak segak bergaya...

jeni:ala biar la...k la ak g kelas dulu....

7.45 pg
Perjalanan ke kelas

pak guard:hey ko mai sini kejap.kenapa ko ni x pakai tie.ko tau x ni ari ape?

jeni:soi brother lupe lak nak pakai.

pak guard:ko pg naik balik pakai tie.SEKARANG!!

jeni:tergamam dan tersipu2 malu coz ramai time tue ngah pandang die.....

7.50 pg
Dalam bilik.

jeni:(dalam keadaan menggeletar selepas kene marah).ala amad ak rase ak nak
pakai tie r.td ak nampak warden ngah marah2 budak coz x pakai tie.pastu ak
pun terus naik takut kene marah r.

amad:hahahahahahahaha.tu la ak dah kate pakai tie.ko degil...hahahaha.soi ak terpaksa gelak r.hahahahahahahaha...

syahril:kan dah kate kene pakai tie.hahaha.dah kene naik balik pastu lambat g
kelas.hish3.

....dan selepas tue ak pun pakai la tie.and then mase ak turun sume org pandang kt aku coz tali leher yang ak pakai tue terlampau contra ngan kemeja ak.ye la baju warna hitam tie wrna orange terang.hehehe.tp i don mind coz ak rase glamour giler.hahahahaha....

p/s:jangan la degil ikut la peraturan yang telah ditetapkan.....


Sunday, June 14, 2009

perginya seorang guru tercinta...

pada satu malam jam 10 aku telah menerima satu mesej yang berbunyi

"salam.miss lenny nurlinda dah kembali ke rahmatullah selepas derita koma sebulan akibat kemalangan di bentong.sama2 sedekahkan al-fatihah".

aku sgt2 terkejut dan terkedu selepas membaca mesej ni.mana tidaknya orang yang dimaksudkan tu adalah bekas guru aku yang juga pernah menjadi mentor aku dan beberapa rakan yang lain semasa di bangku sekolah dulu.selama 2 tahun aku menjadi mentee die dan amat mengenali dirinya yang sangat mengambil berat tentang keadaan menteenya.satu peristiwa yang tidak pernah kulupakan apabila pada ramadhan tahun 2006 aku dan rakan2 lain telah sama2 menolong die memasak untuk berbuka puasa.apa yang kelakarnya sudah setengah jam azan maghrib berkumandang tapi makanan x siap2 lg.dan kami hanya meneguk air kosong sambil menunggu makanan dihidangkan.geli hati juga bila mengenangkan peristiwa ni.tapi aku amat menghargai pengorbanan guruku ini.namun aku amat bersimpati terhadap guruku ini kerana semasa hayatnya tidak ramai pelajar dan guru yang menyukai kehadirannya di sekolah kami.pada tahun 2007 aku dan mentee yang lain sngat sedih kerana terpaksa berpisah dengannya yang telah mendapat surat pertukaran ke sekolah lain....semenjak itu aku telah lost contact dengan die sehinggalah aku mendapat tahu bahawa die telah pun meninggal dunia....al-fatihah....

Saturday, June 13, 2009

satu panggilan dari mesir......

sudah lama aku tidak mendengar suarenye yang lunak merdu bila bersyair.sahabatku yang diberi nama hasyida ni telah menelefonku beribu batu jauhnya dari malaysia....aku agak terharu bila menerima panggilannya yang semata-mata ingin berkongsi cerita tentang perjalanan hidup masing2.....selama sejam aku berborak dengan gadis yang sedang menuntut di universiti al azhar ni.banyak perkara yang telah ku ketahui tentang life sebagai student di negara padang pasir ni.selain dia ramai lg sahabat2 ku yang juga menuntut di mesir bersama-sama dengannya.semasa berborak aku merasakan bahawa jarak antara kami berdua sangat dekat walaupun pada hakikatnya jarak kami berdua beribu batu jauhnye.....inilah yang dikatakan nikmat yang telah dikurniakan ilahi kepada hambanya untuk memiliki teknologi perhubungan yang sangat cangih pada masa kini......alhamdulillah.....gadis ini ada menyatakan bahawa jejaka2 kat mesir kacak2 belaka.kemudian dengan nada gurauan ak berpesan kepadanya bahawa biar sekalipun jejaka di malaysia x sekacak 'unta2' kat sane namun hati yang ikhlas ni setia menanti kepulangan gadis2 malaysia kt sane.....hahahahaha....akhir kata aku mendoakan kejayaannya dunia dan akhirat...salam...